Monday, April 4, 2011

Selamat Datang Ke Butik Online Firzara Collection! (post baru ada di bawah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, akhirnya terhasil juga satu butik online yang saya impikan. Semua ini terhasil dalam masa yang singkat. Saya berharap penat lelah segala usaha yang telah saya lakukan berhasil dan berbaloi. Dan saya berharap Firzara Collection ini akan mendapat sokongan anda semua, dan semoga semua produk yang ada serta harga yang ditawarkan memuaskan hati pelanggan semua. InsyaAllah.

Secara asasnya, produk utama di Firzara Collection adalah pakaian dan busana muslimah seperti trendy T-shirt muslimah, maxi dress, jubah moden dan pelbagai pakaian yang sesuai untuk para muslimah samaada untuk kegunaan kasual atau formal. Selain itu, Firzara Collection juga ada menyediakan produk lain seperti minyak wangi (perfumes), produk kecantikan dan lain-lain.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menjadi pelanggan Butik Online Firzara Collection.


Enjoy shopping! Terima kasih kerana memilih Firzara Collection